Sunday 26 June 2011

kematian


"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu. Maka, apabila telah datang waktunya, mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun, dan tidak pula mempercepatkannya."


"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati."

"Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH, dan aku bersaksi Nabi Muhammad utusan ALLAH."


"Wahai hamba ALLAH, engkau kini telah kembali ke hadrat Ilahi. Wahai hamba ALLAH, setelah kami meninggalkan kamu nanti, akan datang kepadamu dua malaikat. Jangan engkau takut dan gementar, kerana mereka jua makhluk ALLAH seperti kamu. Mereka akan menyoal kamu."


Siapa Tuhanmu?

Apa agamamu?

Siapa Imam pemimpinmu?

Apa kiblatmu?

Siapa saudaramu?


"Wahai hamba ALLAH, janganlah takut. Jawablah dengan tenang, lidah yang fasih dan jelas."


ALLAH Tuhanku.

Islam agamaku.

Muhammad Rasulullah s.a.w. imam pemimpinku.

Ka'abah kiblatku.

Orang-orang Islam saudaraku.


"Wahai hamba ALLAH, mari ke mari, ke tempat asalmu. Pulanglah dari kembaraan. Apa yang kau bawa? Apa yang kau bawa? Apa yang kau bawa?"


"Setiap kaum itu telah ditentukan tempoh kematiannya. Maka, apabila telah sampai ajal mereka, tidak dapat dilewatkan, atau dipercepatkan walau sesaat."


No comments:

Post a Comment